Monday, December 12, 2011

Puteri



Kau Wujud di dalam Ku,
Kau hadir pelengkap Keluarga
Menjadi wajah yang paling satu,
Sikit pun tak pernah jemu memuja,

Aisyah anakanda,
Bukti hasrat jadi nyata,
Bukti kasih itu ada,
Sampai tak tau nak cakap apa,

Aisyah anak Ayah Bonda,
Tangis mu buat kami serba tak kena,
Tawa mu buat hati berbunga,
Senyum lebih ada makna,
Ini betul-betul makna cinta.

Hai lah anakanda,
Masih dicubit-cubit pipi,
Pastikan betul kamu depan mata ini,
Comel sungguh si buah hati.
Besar betul hati ini,

Susah sungguh nak berjanji,
Tapi mesti juga janji,
Menjagaimu sampai ku mati,
Selamat di dunia dan akhirat nanti.

Syukur pada Ilahi,
Atas anugerah dan tanggungjawab ini,

Sunday, October 16, 2011

hei :) it been awhile n 33 weeks story..

asalamualaikum wbt. and hei all..

Its been awhile didn't update anything (poor script everytime this case happened, kah kah kah). Too many to tell..too many to share, but toooooo lazy to write. Courage untuk menulis tu bagaikan longlai dan lemah.. sebabnya ntah kenapa.. memang dasar pem_alas sebenarnya.

ok, start from raya story la eh.. raya pertama saya sebagai isteri, menantu, kakak ipar and a preggie mommy. Alhamdulillah, seronok, bahagia dan sgt bersyukur. Tidak sama sekali menyangka diri akan sebahagia sedemikian. Raya yang dipenuhi dengan kasih sayang dan perkara yang menggembirakan. Pertama kali mengucup tangan suami di pagi raya memohon ampun dan maaf bagaikan dalam cerita drama.. kah kah kah.. siap gelak2 ( tak serius langsung, patut ada air mata... ni masing-masing dok tergelak2.. overr). Walaubagaimana pun, raya kali ini adalah raya pertama dan terkakhir kami beraya bersama Abah (mertua) yang sangat lah baik orangnya. 1st time tengok beliau kacau dodol sendiri and buat lemang yang makkk aihhh tersangat lah sedapnya (saya bukan penggemar lemang, tp abah mertua punye lemang tersangatlah sedap sampai rase 3-4 kali tambah) tu bukan rase ye.. itu melantak ye mommy. overr lagi.

Kemudian, hari-hari berlangsung seperti biasa, melayan si kecik di dalam perut ni yang semakin besar dan hebat sekali tendangannya... bersyukur atas nikmat itu. Namun, tanggal 22 September lepas, Arwah Abah mertua menyahut panggilan Illahi. Pedih, sedih dan terkejut dengan pemergian beliau yang sungguh sekelip mata dan tidak disangka2. Abah yang sihat selama ini pergi buat selama-lamanya. Malas mahu dicerita sebab2 kematian. Malas diingat tragedi yang pedih itu. Doa kami untuk abah, semoga ditempatkan dikalangan ahli syurga dan orang-orang yang beriman. Amin.

ok now, sambung balik cerita yang indah. Alhamdulillah, syukur banyak2 kerana kandungan saya telah mencecah 33 minggu ( 17 okt 2011) / 8 bulan 1 minggu. Sarat dah rasanya. Bila berjalan tu.. rasa mcm raksasa.. sikit punya "besar punya" lah badan mommy ni ha.. pergerakan Puteri di dalam sana sangat la kemain hebatnya. Sampai senget benget perut mommy. Masyaallah, pengalaman ini pengalaman yang paling indah. Isshh tak tau nak cakap lah indahnya tu macam mana. Setiap kali berjalan kemana2..berada di mana2.. rasa diri ditemani sahaja. I never felt alone. Never felt lonely. Caused this baby "full" me. Completed me. Accompanied me... and what else, yup.. this is the real bonding between a human and another human. Hebat kan kuasa Allah.. :) MasyaAllah.

Sepanjang kehamilan sulung ini, pelbagai cerita kehidupan saya lalui.. daripada kehilangan, kurniaan, bahagia, kesedihan.. segalanya tidak berkecuali berlaku dalam kehidupan seharian. Namun, saya tempuhi dengan redha dan redah.. hehe.. (and began to walk like a superstar after overcome the hassled. over sgt ni. ). Every single day in life, is a new opportunity to grab. Alhamdulillah, hidup saya dipenuhi dengan kasih sayang dari suami, keluarga dan sahabat-sahabat ( saya kawan dgn yg cantek2 aje, overrr lagi) yang sangat lah baik hati budinya. (no need to mention here, and you who you are). Syukur.

ok till then, till i feel like writing again, baru mommy tulis naaa. Mana tau esok juga ada entry baru.. huhu all i need is courage and feel. (ayat org malas). Sekian. -Loveayna-

Wednesday, September 7, 2011

Sungguh kau ada

Sungguh kau ada
Kerana sungguh ku dapat merasa
Setiap hela nafas kau ada
dan setiap gerak kau kemuka

Sungguh kau ada
Kerana sudah bonda sebut nama
Sudah bonda selit dalam doa
Sudah bonda bayang rupa

Selama ini memang ada rasa
Sebelum wujud yang sebenarnya
Sudah sayang sebelum tiba
Kerana sungguh kau memang ada

Sungguh sungguh kau memang ada
Dalam hati dan juga raga
Dari kasih ayah dan bonda
Dari segala pelusuk jiwa

Kurniaan Allah pelbagai rupa
Kamu yang paling nilainya tak terhingga
Sanggup bonda harung apa saja
Sehingga kita bersua muka

Sudah bonda tau rasa itu
Rasa perit lahirkan kamu
Perit yang paling bahagiakan ku
Apa saja untuk kamu

Apa sahaja untuk mu anakanda
Walaupun bonda harus hilang nyawa
Demi lahirkan kamu ke dunia
Kita bertemu dalam 2 purnama

Sungguh kau memang ada
Sabar ku tunggu kita berjumpa
Bergesel muka dan dakap mesra
Akan ku jaga selagi bernyawa


Tuesday, August 9, 2011

Subahanallah, Thank you Allah.

Salam and Hi,

I would like to share this video that means more than word I can express.. MasyaAllah, Subahannallah.. I'm so touched and syukur. To all mother's or mother-to-be, we are the chosen one to feel "another live" inside of us. This video I dedicated to all mothers in the world. Thank you Allah. Thank you, Alhamdulillah..

Wednesday, July 20, 2011

senarai kenakalan ku semasa di 2 Biru..

Assalamualaikum and Hi.. (nampak baik skit bagi salam penuh ni)

Lately asyik teringat zaman-zaman persekolahanku yang agak "nakal".. ye la.. selain daripada suka melawan cakap cikgu, degil, saya juga agak pembuli gak orangnya..

tapi nakal2 saya, nakal tu kebanyakannya dilakukan semasa saya sedang di tingkatan 2, kenapa tingkat 2 je? sbb masa tingkatan 1, saya jenis yang ala-ala budak2 lagi.. bila dah tingkatan 2, mula lah jadi taiko budak sekolah petang.. masuk tingkatan 3, jadi junior budak sekolah pagi la pulak, so baik le kejap.. lagipun nak PMR kan, haruslah kena layan Backstreet boys, Spice Girl, 911 and macam2 lagi lah.. masuk tingkat 4 dah mula layan muka yang berjerawat dan senggugut yang amat.. masuk tingkatan 5, baru nk terkedek2 fokus study for SPM.. result pun ala-ala gitu-gitu manja-manja je. So, no doubt lah tingkatan 2 ni adalah the best time untuk jadi "liar" ohh yeaaaah..

so these are the list "kenakalan saya di tingkatan 2 Biru.."

~rakan2 sekelas yang kene buli dengan saya ni kebanyakannya adalah pelajar2 yang pendiam dan tak melawan~ *ambil kesempatan*

1. pow ubat tik tik
2.cubit peha sampai lebam dan gelak2..
3. suruh orang pegang tangan budak2 tu dan saya kelepetkan bahagian depan tudung dia.. then gelak2 kan sebab huduh..
4.suruh gariskan tepi buku ledger dan tepi buku latihan (kan kene buat garisan kat tepi tu sebelum mula tulis). Gadis malang yang jadi mangsa tu buat sampai lenguh2 tangan dia.. ampun..
5. Belagak pandai cakap Arab dengan budak2 cina n india bila tak faham depa ngumpat, I bace Qul Huwallah Hu Ahad (Surah Qul).. budget cakap arab la tu.. nak balas dendam kat depa.. then saya turun kan ilmu ni kat kawan2 saya, termasuk lah Zafirah Bt Ismail.. ulang suara.. Zafirah Bt Ismail.. punya nakal nya saya, sampai dia kene duduk berasingan dgn saya didalam kelas..
6. Kami suka buli Cikgu Zul dan ejek dia Kek Coklat sbb dia hitam.. main pop quiz masa dia mengajar, then kene diri luar kelas. ok, nak gelak gila2, bila teringat. Tapi Cikgu Zul penyabar orangnya....... apa la khabar dia ye..
7. Pow coki-coki budak yang sama yang tolong gariskan buku latihan saya tu. Bile dia tengah makan, saya ambil coki coki tu, dan gunting bahagian yang dia dah masuk dalam mulut, dan saya sambung makan untuk dia... terkebil-kebil mata dia tengok.. oh ampun.
8. Ambil ketul ais, then masuk kan kat dalam baju budak2 lain.. enjoy tengok depa ngelejat sejuk kene ais tu. selalu nye, sahabat saya yang tolong gariskan buku latihan tu lah jadi mangsa.. dia lagi.. ampun kawan..
9. Pow ubi kentang orang lain masa nak buat lukisan cop cop.. lupa nak bawak, so kena la pow. Biasanya budak yang duduk belakang saya yang kene pow. Budak tu nama dia serupa dengan budak yang gariskan buku latihan saya tu. Banyak nyeee dosa saya kat awak..
10. Tarik tali bra.. hahahahahahahahahahahahhaha keji nyeeeeeeeee...
11. dan lain lain..

Senarai ni kire ala-ala cover lah.. tak la taiko or hebat mana pun.. tapi cukup la buat daku terkenang2 sampai sekarang. Cikgu disiplin pun mmg menyampah kat I.. haha Ampun kan saya kawan2..hehe..

Moral of the stories, I ain't perfect, I did those stupid mistake and behavior too.. hahaha ok, lepas ni.. saya berazam nk minta maaf pada semua selagi termampu, terutamanya Cik adik manis yang tolong gariskan buku latihan saya itu. Nasib dia duduk belakang saya time kelas. :)

Yela, dah 5 months preggie ni.. kalau umur panjang, jumpa lah lagi, jika tidak.. :( wallahualam..

sekian..

saya yang dulunya boleh tahan nakal..




Monday, July 11, 2011

yang terlintas


Kelihatan seperti jalan itu buntu,

Rupa-rupanya ade pintu,

Boleh diselit walaupun sebesar kuku,

Rezeki kita hanya Allah yang tahu,


Kelihatan seperti jalan itu suram,

Diri rasa takut di baham,

Tapi rupanya hanya awalnya sahaja yang kelam,

Akhirannya sinar penuh terangi alam,


Diri mulanya rasa sedih,

Ingatkan diri mula disisih,

Rupa-rupanya diri insan terpilih,

Mengajar diri jangan selalu merintih,


Kuasa Allah Maha Hebat,

Beza sungguh dengan kita yang singkat,

Berpaut padaNya buat kita lagi dekat,

Jalan diluar sana tidak pernah disekat.



Tuesday, July 5, 2011

~::hijab::~

salam and hello semua..

today is my second day wearing hijab to work (out from house) and hopefully (pray hard for this) this will last for forever. Husband sangat teruja, diri sendiri rasa tenang, keluarga mesti happy punye, and last but not least kawan2 baik disekeling tumpang happy dan terima kasih atas doa kalian.

hehehe.. i opened my heart for this quite long time ago.. lepas kawen haritu, rase mcm nak pakai sesangat.. plus rasa tak selesa bila pergi kenduri kendara or meet families both side dengan kepala yang togel.. hehe. rase "hine" ececeh..

then slow slow i decided to share my attention with husband dan my best friends Cherry/Ana Cyg, Adik ku Fiza dan kakak kesayanganku Kak Syiela.. their sooooo happy for me plus tak putus-putus gimme support and moral. Di tempat kerja pula, I share my attention with Kak Miza as she have the same goal.

Bulan kedua perkahwinan kami, we received a good news, which is I am expecting. Niat bertudung tu di hold dulu due to my condition yang mabok2 and veryyyy lazy to dress up myself. Memang sangat tak terjaga penampilan. *alasan*.

Then, i terus kan memasang niat baik ini dengan berazam, masuk bulan Ramadhan ni, i will definitely change my appearance. No more reason, and let's get covered.! *dengan nada tegas ni* . But you know, tak siapa tahu perasaan over excited and jumping to wear hijab *melainkan orang tersebut mengalami situasi yang sama dengan i* . The feeling to get covered was so strong and taraaaa.. belum pun Ramadhan, me and Kak Miza decided to wear it on 3 Syaaban 1432H / 6 July 2011. Pada hari tersebut we received so many loves, hugs and supports from our friends, boss and tak lupa suami dan keluarga.

Ermm cerite pasal suami ni, keletah my husband ade lawak nya pada hari pertama I pakai hijab, seperti biasa, dia adalah orang yang paling rajin untuk menyiapkan isteri untuk pergi kerja, gosok kan baju la.. ape la.. mcm2.. Yang lawak nye, pada kebiasaan suami, pabila isteri mahu bersiap atau menyarung pakaian.. jarang2 dia nk "terkam" *selalu 'terkam' time nak bukak baju je.. tehhee* Tapi sebabkan teruja melihat kecomelan isteri *sila muntah* terkedek2 nak pakai hijab, dia pun sibuk melompat-lompat anak memuji isteri. *isteri pulok bengkeng soh dia diam2 sbb kene focus nak pakai hijab, hishh time ni lah dia nk ngendeng2.. lepuk kang*. (please try this at home to those who married)hehe..

Hah tu dia orang kata penangan menutup aurat ni, siapa kata pakai hijab tak seksi.. tak boleh bergaya.. tiada gaya mutu dan keunggulan.. teheee.. *saya tak kate ye*. Apa lagi lah yang boleh 'mengembangkan buntut isteri' selain pujian dari suami ye dak... Skang ni, bile berjalan je, budget jalan mcm 'superstar' Kimora Lee Simmons.. *over tau*, meaning, confident pun terserlah tapi alhamdulillah, belum lagi budget alim dari orang lain.. rasa merendah diri tu perlu ade sentiasa ye, kawan-kawan. So, I feel great, blissful, peaceful and grateful... Alhamdulillah.. Makbul doa kalian. Terima kasih..

*nah ni nak share pic syok sendiri* biasa la kan.. mane bleh tak de.. :)

Wassalam.. sekian dari Hajah Aina.. hahaha